
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan blog yang kami namakan sebagai " Shauqah Wardah ". kami mewujudkan blog ni bertujuan untuk mengupas tentang tajuk yang dipilih untuk assignment agama.
Kami mempunyai tiga orang ahli, Durratun Nur , Azmarina dan Siti Nurnafilah yang akan mengupas tentang Pakaian dalam Islam. Kami memilih tajuk ini kerana kebanyakkan umat Islam sekarang memilih cara pemakaian yang dirasakan bergaya dan selesa tanpa mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.Rata-rata generasi muda hari ini yang masih lagi kurang faham atau keliru berkenaan etika berpakaian yang dibenarkan dalam Islam dan dilarang dalam Islam.Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu kita menjadi lebih baik dari sebelum ini :)
sumber rujukan : silence
=> mengelakkan kejahatan
=> menjaga nama dan maruah islam
=> menyelamatkan keturunan manusia
=>bertudung dengan sempurna dapat membezakan antara wanita islam dan kafir
DEFINISI AURAT
Aurat
dari sudut bahasa diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala
dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan
seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang asing.Islam mendefinisikan aurat sebagai sebahagian badan atau seluruh tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain kerana perintah Allah SWT.
Di
dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam
dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
AURAT LELAKI
aurat
lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan
pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis
dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama
kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;
أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
AURAT WANITA
seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Maksudnya
: "Wahai Asma', sesungguhnya seorang perempuan apabila sampai umar
Haid, tidak boleh dilihat daripadanya melainkan ini dan ini, lalu
baginda mengisyaratkan ke Muka dan dua tapak tangan."
Hadith ini diriwayatkan dari 'A-isyah r.'anha. Al-
Albani di dalam Soheh Abi Daud
Hadith ini diriwayatkan dari 'A-isyah r.'anha. Al-
Albani di dalam Soheh Abi Daud
sumber rujukan : silence
ASAS AURAT WANITA YANG LAIN IALAH:
1. Bulu kening - Menurut Bukhari,
Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening
atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat
Abu Daud Fi Fathil Bari.
2.
Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan)
menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang
mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga
seperti pelacur dizaman jahiliyah .
3.
Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian
melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu
telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya - Petikan
dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4.
Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga
menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur
Ayat 31.
5.
Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta
supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani,
Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6.
Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan
janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang
dahulu.
Keterangan : Bersolek dan menurut Maqatil sengaja membiarkan
ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7.
Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan
memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya
seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota
badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.
8.
Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik
daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya -
Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9.
Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka
menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur
Ayat 31.
Sabda
Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan
lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari
Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10.
Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam
berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam
hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari
Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda
SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan
dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11.
Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka -
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila
seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga
daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al
Bazzar.
Tiada
seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan
dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12.
Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii
dan Ibn Majah.-Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud
: Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha
penyayang.
Sesungguhnya
sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi
telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk
melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium
baunya -Petikan dari Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian
tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian
tertentu.
13.
Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki
yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
sumber rujukan : panduan asas islam untuk kita
ETIKA BERPAKAIAN BAGI LELAKI
- Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
- Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
- Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat.
Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
- Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
- Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda:
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”
ETIKA BERPAKAIAN BAGI WANITA
- Pakaian
yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali
pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
- Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
- Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
- Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
- Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
- Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”
- Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
Nabi saw bersabda;
“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”
PANDUAN BERTUDUNG DAN BERPAKAIAN MENGIKUT SYARIAT
- Jangan memakai tudung yang agak jarang dan nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada.
- Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher.
- Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah kita jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.
- Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung. Iyer ndak?
- Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung. Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi harus diingat, mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk kelihatan cantik dan elegan tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.
- Tudung dan keronsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih keronsang yang sesuai. Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil dan simple. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tak sesuai tudung hitam dengan keronsang hitam.
- Ingatan untuk wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang ye.
- Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.
- Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian. Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.
- Baju dan tudung tidak boleh sedondon. Pakailah yang kontras.
sumber rujukan : puspanita kementerian pelancongan malaysia
HIKMAH BERPAKAIAN MENUTUP AURAT
=> dapat menjaga maruah dan kehormatan diri => mengelakkan kejahatan
=> menjaga nama dan maruah islam
=> menyelamatkan keturunan manusia
=>bertudung dengan sempurna dapat membezakan antara wanita islam dan kafir
KEBURUKAN TIDAK BERPAKAIAN NENUTUP AURAT
=> mudah terjebak dalam kancah maksiat
=> mencemarkan maruah dan kehormatan diri
=> mencemarkan nama baik keluarga
=> menjatuhkan maruah islam
=> menarik perhatian orang untuk melakukan kejahatan seperti merogol.
CONTOH PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT
contoh pakaian lelaki
contoh pakaian wanita
CONTOH PAKAIAN YANG TIDAK MENGIKUT SYARAK
sekian,terima kasih
“Mukmin yang jujur adalah seseorang yang banyak berfikir di dunia dan
manusia yang paling bahagia adalah yang banyak berfikir di dunia”