Friday, 11 January 2013

shauqah wardah :)

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan tugasan blog yang kami namakan sebagai " Shauqah Wardah ". kami mewujudkan blog ni bertujuan untuk mengupas tentang tajuk yang dipilih untuk assignment agama.
Kami mempunyai tiga orang ahli, Durratun Nur , Azmarina dan Siti Nurnafilah yang akan mengupas tentang Pakaian dalam Islam. Kami memilih tajuk ini kerana kebanyakkan umat Islam sekarang memilih cara pemakaian yang dirasakan bergaya dan selesa tanpa mengikut syariat yang telah ditetapkan dalam Islam.Rata-rata generasi muda hari ini yang masih lagi kurang faham atau keliru berkenaan etika berpakaian yang dibenarkan dalam Islam dan dilarang dalam Islam.Semoga apa yang kami kongsikan ini dapat membantu kita menjadi lebih baik dari sebelum ini :)

DEFINISI AURAT 
Aurat dari sudut bahasa diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang asing.Islam mendefinisikan aurat sebagai sebahagian badan atau seluruh tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain kerana perintah Allah SWT.
Di dalam islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
AURAT LELAKI
aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup. Dalil mereka hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;

أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ

“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)

AURAT WANITA
seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

Maksudnya : "Wahai Asma', sesungguhnya seorang perempuan apabila sampai umar Haid, tidak boleh dilihat daripadanya melainkan ini dan ini, lalu baginda mengisyaratkan ke Muka dan dua tapak tangan." 

Hadith ini diriwayatkan dari 'A-isyah r.'anha. Al-

Albani di dalam Soheh Abi Daud

sumber rujukan : silence 

ASAS AURAT WANITA YANG LAIN IALAH:

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah .

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. 
Keterangan : Bersolek dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah.-Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.

Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya -Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


ETIKA BERPAKAIAN BAGI LELAKI
-         Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.
-         Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat.
       Hukumnya Haram.
 Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda:
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”

ETIKA BERPAKAIAN BAGI WANITA
-         Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)
-         Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.
-         Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.
-         Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)
-         Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”
-         Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.
Nabi saw bersabda;
“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”
 -         Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.
 Nabi saw bersabda;
 “Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

 sumber rujukan : Mohd Aman Al-Muiz

PANDUAN BERTUDUNG DAN BERPAKAIAN MENGIKUT SYARIAT


  1. Jangan memakai tudung yang agak jarang dan nipis yang boleh menampakkan susuk leher dan dada.
  2. Jika kain tudung jarang, pakailah baju lengan panjang (turtle neck) yang menutupi leher.
  3. Pakaian yang menampakkan apa yang sepatutnya disembunyikan mencuri pandangan lelaki dan seterusnya menimbulkan nafsu mereka. Oleh itu, janganlah kita jadi punca kepada kelemahan iman kaum lelaki.
  4. Pastikan anda memakai anak tudung untuk mengelakkan anak rambut kelihatan. Ia juga memberikan gaya yang lebih kemas, rapi dan memudahkan pemakaian tudung. Iyer ndak?
  5. Jangan bergaya dengan tudung yang bercorak melampau dan tidak sesuai untuk sesetengah majlis. Pilih tudung yang sesuai untuk ke majlis yang berbeza. Begitu juga dengan gaya tudung. Boleh bergaya dengan ikatan yang menarik tetapi harus diingat, mestilah tetap menutup rambut, sanggul, leher dan dada. Bertudung bukan untuk kelihatan cantik dan elegan tetapi untuk memenuhi tuntutan agama iaitu tutup aurat. Itu yang utama.
  6. Tudung dan keronsang memang sudah tidak boleh dipisahkan kecuali kalau anda memakai tudung yang sudah siap dijahit. Bagi yang berkerongsang, pilih keronsang yang sesuai. Kerongsang yang sesuai adalah keronsang kecil dan simple. Tidak bermakna warna kerongsang mesti sama dengan warna tudung. Tak sesuai tudung merah dengan kerongsang merah dan tak sesuai tudung hitam dengan keronsang hitam.
  7. Ingatan untuk wanita yang berbadan besar, tidak digalakkan memakai kerongsang besar. Sesuai dengan kerongsang kecil tapi kalau nak juga pakai yang bersaiz besar, pilih kerongsang yang bentuk memanjang ye.
  8. Kalau baju kosong, sesuai pakai tudung bercorak. Kalau baju bercorak atau berbunga, sesuai pakai tudung kosong.
  9. Warna tudung yang terang adalah tidak sesuai walaupun ia boleh menarik perhatian. Tapi bukankah kita wanita Islam tidak boleh menarik perhatian terutamanya perhatian lelaki. Pilihlah warna pastel atau warna lembut.
  10. Baju dan tudung tidak boleh sedondon. Pakailah yang kontras.  

  
HIKMAH BERPAKAIAN MENUTUP AURAT
=> dapat menjaga maruah dan kehormatan diri
=> mengelakkan kejahatan
=> menjaga nama dan maruah islam
=> menyelamatkan keturunan manusia
=>bertudung dengan sempurna dapat membezakan antara wanita islam dan kafir

KEBURUKAN TIDAK BERPAKAIAN NENUTUP AURAT
=> mudah terjebak dalam kancah maksiat
=> mencemarkan maruah dan kehormatan diri
=> mencemarkan nama baik keluarga
=> menjatuhkan maruah islam
=> menarik perhatian orang untuk melakukan kejahatan seperti merogol.

CONTOH PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT


contoh pakaian lelaki

contoh pakaian wanita

CONTOH PAKAIAN YANG TIDAK MENGIKUT SYARAK




sekian,terima kasih

“Mukmin yang jujur adalah seseorang yang banyak berfikir di dunia dan manusia yang paling bahagia adalah yang banyak berfikir di dunia”